24 Dis. 2020M - Majlis penyerahan kurniaan peribadi daripada KDYMM Sultan Muhammad V berupa barangan keperluan asas makanan kepada penduduk yang terjejas dengan musibah banjir. Kurniaan tersebut disampaikan oleh YS Juruiring Tentera kepada KDYMM Sultan Muhammad V kepada YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan untuk diagihkan kepada lebih kurang 200 penduduk yang terjejas banjir di Jajahan Tumpat.
Sebelum ini KDYMM Tuanku Sultan juga telah berkenan untuk mengurniakan bantuan tersebut kepada penduduk yang terjejas dengan banjir di Jajahan Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.