YTM Tengku Mahkota Kelantan mengampuni perkenan mengurniakan sumbangan 5 buah Peti Sejuk Top Loading (TLF) bagi tujuan penyimpanan bekalan vaksin Covid-19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, sekaligus dapat membantu pihak JKN untuk menyimpan bekalan vaksin dalam kuantiti bersekala besar.
Penyerahan 5 buah peti simpanan ini diadakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu dan telah disempurnakan oleh YM. Dato’ Haji Tengku Azmi bin Tengku Jaafar, Penglola Istana D’Raja Kelantan kepada YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.