msen
A- A A+
Previous Next

Program Vaksinasi Covid-19 Fasa Ke-2 Kebangsaan Anjuran Pejabat Sultan Kelantan Dengan Kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Program vaksinasi covid-19 kebangsaan anjuran pejabat sultan kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri kelantan yang berlangsung bermula pada hari ini adalah merupakan fasa-2. Fasa pertama telah berlangsung pada 9/6/2021 lepas yang melibatkan sejumlah lebih kurang 350 orang penerima terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan istana kelantan.

Fasa ke-2 ini akan berlangsung selama 5 hari yang melibatkan sejumlah 2000 orang penerima terdiri daripada ahli keluarga kakitangan istana kelantan, kerabat-kerabat D’Raja Kelantan dan juga rakyat jelata.

KDYMM Sultan Muhammad V juga menitahkan semua rakyat kelantan di dalam dan luar negeri supaya mengambil serius berkenaan peningkatan jangkitan covid-19 di negeri kelantan dan seluruh negara serta memainkan peranan masing-masing dalam melindungi diri sendiri dan keluarga.

Baginda juga memuji rakyat kelantan yang telah mendaftar untuk divaksinkan. Dalam pada itu, baginda telah mengampuni perkenan supaya pintu istana balai besar dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan perlaksanaan program pemberian vaksin dan ini merupakan satu-satunya istana di negari kelantan yang dibuka bagi tujuan kemudahan kepada rakyat jelata untuk menerima vaksin.

KDYMM Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh barisan hadapan yang terlibat terutamanya kakitangan kementerian kesihatan malaysia yang tidak mengenal penat lelah berkhidmat untuk segenap lapisan masyarakat dan bertungkus lumus dalam memastikan kes yang mencanak naik ini dapat dilandaikan secepat mungkin.

 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Sultan Kelantan,
Istana Balai Besar,
15500 Kota Bharu KELANTAN

Telefon  : 09-741 6600

Fax        : 09-744 4333

Email    : pejsultan@kelantan.gov.my

 

 

Hari ini45
Semalam146
Minggu ini712
Bulan ini3011
Jumlah154305
2
Online

2023-03-24
Hak Cipta © 2023.Pejabat Sultan Kelantan. TARIKH KEMASKINI : 6 MAC 2023

Search