BRUNEI l 28 Rabiulawal 1444H / 24 Oktober 2022.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar‘ Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berkenan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (D.K.) Kelantan. Majlis Pengurniaan telah berlangsung di Balai Penghadapan Bukit Kayangan, Negara Brunei Darussalam.
Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) S.P.M.K. pula dikurniakan kepada YAM Tengku Sri Utama Raja Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.
Pengurniaan telah disempurnakan oleh YAM Tengku Bendahara Kelantan mewakili KDYMM Sultan Muhammad V.