Bahagian Undang-Undang

| Ketua Bahagian/Unit | YBrs Tn Hj. Mohd Helmi Bin Mat Zin Pengarah |
| Telefon | 09-7481987 (1204/1203) |
| Faks | 09-7442054 |
| Emel | bahuu[at]kelantan.gov.my |
| Alamat | Bahagian Undang-Undang negeri Kelantan (BAHUU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,Aras 2,Blok 1, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 KOTA BHARU, KELANTAN |
PENGENALAN
Bahagian Undang-Undang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan merupakan entiti sokongan strategik Kerajaan Negeri yang menyediakan khidmat nasihat dan sokongan perundangan bagi memastikan tadbir urus, penggubalan dasar serta pelaksanaan keputusan Kerajaan Negeri dilaksanakan secara berintegriti dan mematuhi kehendak undang-undang. Bahagian ini berperanan dalam pengurusan hal ehwal perundangan negeri, termasuk penggubalan dan semakan perundangan, penyelarasan litigasi serta kerjasama dengan agensi berkaitan, demi melindungi kepentingan dan memperkukuh keupayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.
Bahagian Undang-Undang telah distrukturkan semula dengan mewujudkan 5 seksyen iaitu Seksyen Perundangan, Seksyen Konsultasi, Seksyen Penyelidikan, Seksyen Litigasi dan Seksyen Pengurusan yang mana di bawahnya mengandungi 7 Unit yang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tersendiri iaitu Unit Gubalan; Unit Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang; Unit Penswastaan Dan Pengurusan Kontrak; Unit Pertanian, Air, Infrastruktur Utiliti Dan Hal Ehwal Badan Berkanun; Unit Tanah Dan Sumber Asli; Unit Perlembagaan, Syariah, Perkhidmatan Awam dan Kerajaan Tempatan; dan Unit Pentadbiran.
Bahagian Undang-Undang kini diterajui oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah dengan kekuatan pegawai seramai 5 orang Pegawai Undang-Undang, seorang Penolong Pegawai Undang-Undang, seorang Penolong Pegawai Tadbir dan kakitangan seramai 7 orang.
OBJEKTIF
Menyelaras dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (PPUUNK) berkenaan pandangan dan penyelidikan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang negeri, penyediaan dan semakan perjanjian yang melibatkan Kerajaan Negeri dan agensi-agensi dibawahnya termasuk badan-badan berkanun negeri dan pengendalian kes-kes sivil di mahkamah.
VISI
Pengurusan Perundangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan yang professional, cekap dan berkualiti.
MISI
Mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bagi melindungi kepentingan Kerajaan Negeri melalui perkhidmatan perundangan yang professional, cekap dan berkualiti.
- Mengkaji dan menyemak Undang-Undang di Negeri Kelantan.
- Mengkaji dan menyemak Perjanjian-Perjanjian dan Memorandum Persefahaman yang melibatkan Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan sebagai pihak untuk memelihara kepentingan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan.
- Membuat dan Menggubal Undang-Undang baharu di bawah bidang kuasa Negeri mengikut Jadual Kesembilan dan Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan.
- Menyediakan Pandangan UndangUndang dan maklumbalas kepada Setiasuaha Kerajaan Kelantan dan Agensi Kerajaan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Undang-Undang sedia ada.
- Menyelaras Pandangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri berkaitan dengan kes-kes litigasi yang melibatkan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (PPUUNK).
- Bertanggungjawab mengendalikan kes-kes litigasi yang melibatkan pelaksanaan perintah mahkamah.








