msen
A- A A+
Image

Pasukan Gendang Besar D'Raja Kelantan.

Ia ditubuhkan sejak kira-kira 150 tahun yang lepas oleh Allahyarham Che Umar Daud yang merupakan Seri Pendekar Diraja iaitu ketua pendekar bagi seluruh pendekar yang berada di Kelantan ketika itu.

Pasukan Gendang Besar terdiri daripada sembilan orang iaitu dua juru serunai, seorang pemain gong yang mengendalikan dua alatan, dua pemain rebab dan empat pemain gendang besar.

Tiga buah lagu tradisional dimainkan iaitu “Raja Berangkat”, “Seri Istana” dan “Raja Bertabal”.

Tiga lagu khusus ini akan dimainkan pada acara tertentu sahaja. Lagu Raja Berangkat akan dialunkan ketika keberangkatan tiba dan pulang KDYMM Sultan Kelantan di Balairong Seri, Istana Kota Lama di Kota Bharu pada setiap tahun. Alunan lagu tersebut akan kedengaran ketika Hari Keputeraan baginda sahaja.

Lagu Seri Istana akan dimainkan semasa perarakan alat-alat kebesaran diraja dan lagu Raja Bertabal akan dialunkan semasa seorang Sultan Kelantan ditabal menjadi pemerintah. Kedua lagu tersebut dialunkan sekali seumur hidup kepada seseorang Sultan Kelantan ketika baginda ditabalkan menjadi pemerintah di Negeri Kelantan ini.

Ketiga-tiga lagu tersebut tidak boleh dialunkan sesuka hati kepada umum kecuali mendapat “perkenan” daripada Sultan Kelantan.

 

Muzik tradisional itu hanya boleh dimainkan atas titah Sultan dalam istiadat diraja seperti pertabalan Sultan Kelantan, istiadat sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan dan perkahwinan diraja. Peralatan muzik itu tidak boleh sembarangan orang tetapi pemain terpilih, iaitu daripada keturunan pemain alatan muzik tradisional itu.

 

Sementara itu, peralatan muzik turun temurun itu ialah, dua gendang besar, serunai besar, serunai kecil, sepasang gong dan rebab.

 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Sultan Kelantan,
Istana Balai Besar,
15500 Kota Bharu KELANTAN

Telefon  : 09-741 6600

Fax        : 09-744 4333

Email    : pejsultan@kelantan.gov.my

 

 

KAUNTER PELAWAT

Hari ini200
Semalam244
Minggu ini444
Bulan ini3432
Jumlah232653
4
Online

2024-04-16
Hak Cipta © 2024.Pejabat Sultan Kelantan. TARIKH KEMASKINI : 6 MAC 2023

Search