msen
A- A A+
Image
Image

Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra telah diputerakan pada 20 Januari 1974 di Kota Bharu, Kelantan.  Yang Teramat Mulia Tuanku adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.   Baginda merupakan putera kedua daripada empat adik-beradik , kekanda sulung Tengku Muhammad Faris Petra (kini merupakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V), Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri Binti Al-Marhum Sultan Ismail Petra.


Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (II) Kota Bharu, Kelantan. Kemudian Baginda melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Oakham School  yang terletak di Rutland, England.  Setelah memperolehi GCSE dan A-Level,  Baginda menyambung pengajian tinggi dan mendapat ijazah pertama dalam jurusan Sejarah di London School of Economics (LSE).  Baginda juga mempelajari bahasa Itali di Universiti Firenze, Itali dan  merupakan seorang  pencinta ilmu pengetahuan serta mempunyai minat membaca yang tinggi.


Selepas itu, Baginda melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana  dalam Sejarah Purba di University College Of London (UCL) sebelum menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di universiti yang sama.   Yang Teramat Mulia Tuanku memperolehi  Doktor Falsafah (Ph.D) dari universiti yang sama dengan tesis bertajuk “ The Transition between Late Antiquity and the Early Medieval Period in North Etruria (400-900 AD)” (2009).


Pada 20 Mac 1989, Baginda telah dilantik sebagai YAM Tengku Bendahara sempena sambutan Ulang Tahun Ke-30 Keputeraan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan seterusnya sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada 18 Oktober 2010.  Tanggal 8 Disember 2016, Baginda telah dimasyhurkan sebagai Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan.  Yang Maha Mulia Tuanku juga merupakan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.  Baginda juga telah dipakai pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Tentera Laut D’Raja Malaysia (TLDM) pada 05 April 2013.

Image

 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Sultan Kelantan,
Istana Balai Besar,
15500 Kota Bharu KELANTAN

Telefon  : 09-741 6600

Fax        : 09-744 4333

Email    : pejsultan@kelantan.gov.my

 

 

Hari ini45
Semalam146
Minggu ini712
Bulan ini3011
Jumlah154305
2
Online

2023-03-24
Hak Cipta © 2023.Pejabat Sultan Kelantan. TARIKH KEMASKINI : 6 MAC 2023

Search