msen
A- A A+
Image
Image

Sri Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi I), S.P.S.K.

  • AHLI YANG PERTAMA.
       -  Keahliannya 50 orang.
  • Darjah Kebesaran ini dizahirkan dalam tahun 1967 dan keanggotaannya dianugerahkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, (termasuk anggota-anggota Angkatan Bersenjata dan Polis) Pegawai-Pegawai dan kakitangan Badan-badan Berkanun dan Pihak-Pihak Yang Berkuasa Tempatan yang telah membuat dan menunjuk taat setia dan membuat perkhidmatan berbakti di dalam tugasnya sebagai pegawai-pegawai dan kakitangan tersebut.
  • Keanggotaan peringkat in adalah lazimnya disifat sebagai kenaikan pangkat daripada Peringkat Kedua dan lazimnya ditimbang selepas seseorang yang menyandang. Peringkat Kedua itu menjadi anggota peringkat tersebut selama tidak kurang 5 tahun. Ahli-ahli yang dianugerahkan keanggotaan in berhak menggunakan gelaran 'DATO' di hadapan namanya sementara isteri-isteri mereka atau wanita-wanita yang dianugerah peringkat ini berhak mendapat gelaran 'DATIN'.

Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II), D.P.S.K.

  • AHLI YANG KEDUA.
       -  Keahliannya 75 orang.
  • Keanggotaan peringkat ini adalah lazimnya disifat sebagai kenaikan pangkat daripada Peringkat Ketiga dan lazimnya di timbang selepas seseorang yang menyandang Peringkat Ketiga itu menjadi anggota peringkat tersebut selama tidak kurang 5 tahun. Ahli-ahli yang dianugerahkan keanggotaan ini berhak menggunakan gelaran 'DATO' dihadapan namanya sementara isteri-isteri mereka berhak mendapat geleran 'DATIN' manakala ahli perempuan yang dianugerahkan dengan keanggotaan tersebut berhak mengunakan gelaran 'DATO' tetapi suaminya tidak berhak menggunakan gelaran 'DATO' di hadapan namanya.

Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi III), P.S.K

  • AHLI YANG KETIGA
       -  Keahliannya tiada sakatan.
  • Mereka yang dimasukkan menjadi anggota peringkat ini adalah Pegawai-Pegawai Tadbir Kelantan Darjah IB ke atas dan pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Bahagian I, dalam Tingkatan tertinggi F ke atas dan, Pangkat Kolonel ke atas daripada Pasukan Infantri atau pangkat vang sama dalam cawangan-cawangan Angkatan Bersenjata yang lain dan Polis.

Bentara Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi IV), B.S.K.

  • AHLI YANG KEEMPAT.
       -  Keahliannya tiada sakatan.
  • Mereka yang dimasukkan menjadi anggota peringkat ini adalah Pegawai-Pegawai Tadbir Kelantan, Darjah II dan Pegawai-Pegawai dan kakitangan yang lain, daripada Bahagian I dalam Tingkatan Tertinggi G - J dan Major - Lt.Kol. daripada Pasukan Infantri atau pangkat yang sama daripada cawangan-cawangan Angkatan Bersenjata yang lain dan Polis.

Ahli Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi V), A.S.K.

  • AHLI YANG KELIMA.
      -   Keahliannya tiada sekatan.
  • Mereka yang dimasukkan menjadi anggota peringkat ini adalah Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kelantan dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang lain, daripada Bahagian I dan Kapten, Leftenan dan Leftenan Muda daripada pasukan Infantri atau pangkat yang sama dalam cawangan-cawangan Angkatan Bersenjata yang lain dan Polis.

 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Sultan Kelantan,
Istana Balai Besar,
15500 Kota Bharu KELANTAN

Telefon  : 09-741 6600

Fax        : 09-744 4333

Email    : pejsultan@kelantan.gov.my

 

 

KAUNTER PELAWAT

Hari ini203
Semalam270
Minggu ini1771
Bulan ini6532
Jumlah235753
2
Online

2024-04-28
Hak Cipta © 2024.Pejabat Sultan Kelantan. TARIKH KEMASKINI : 6 MAC 2024

Search