msen
A- A A+
Image

Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa P.Y.G.P

Darjah ini dizahirkan dalam tahun 1919 untuk dianugerahkan bagi mereka yang menunjukkan kegagahan yang sangat tinggi mutunya dan keberanian yang cemerlang bagi Negeri Kelantan dalam keadaan-keadaan penuh dengan bahaya. Ia dianugerahkan kepada orang- orang awam juga kepada anggota Angkatan Bersenjata dan Polis. Darjah ini juga boleh dianugerahkan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Image

Seri Mahkota Kelantan (1916), S.M.K.

Bintang in dizahirkan dalam tahun 1916 bagi dianugerahkan kepada mereka yang telah membuat perkhidmatan berbakti sebagaimana yang dimaksudkan bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia yang kurang darjahnya untuk dianugerahkan P.M.K. Bintang ini adalah juga dianugerahkan untuk mengiktirafkan jasa perkasa dan keberanian yang kurang mutunya daripada P.Y.G.P.

Seri Kelantan (1916), S.K.

Bintang ini dizahirkan dalam tahun 1916 dan dianugerahkan kepada mereka yang telah membuat perkhidmatan berbakti dan cemerlang serta taat setia sebagaimana yang dimaksudkan bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang. Pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan yang dianugerahkan Bintang ini hendaklah terdiri daripada pegawai- pegawai dan kakitangan Kerajaan Bahagian II. 

Bintang-bintang ini lazimnya dianugerahkan kepada pegawai-pegawai yang berpakaian seragam daripada Perkhidmatan Awam dan jika mereka itu terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata maka pangkatnya hendaklah kurang daripada Leftenan Muda atau pangkat yang sama dalam cawangan-cawangan Angkatan Bersenjata yang lain dan Polis.

Ahli Kelantan (1925), A.K.

Bintang ini dizahirkan dalam tahun 1925 dan dianugerahkan kepada mereka yang telah membuat perkhidmatan berbakti dan cemerlang sebagaimana yang dimaksudkan bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia yang kurang darjahnya untuk dianugerahkan J.M.K.
Image

Pingat Bakti (1925), P.B.

Pingat ini dizahirkan dalam tahun 1925 dan dianugerahkan bagi mengikftiraf perkhidmatan berbakti kepada Singgahsana dan perkhidmatan dalam lapangan perkhidmatan sukarela yang kurang darjahnya bagi dianugerahkan Bintang A.K.

Pingat Setia Mahkota Kelantan (1967), P.S.

Pingat ini dizahirkan di dalam tahun 1967 dan dianugerahkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan dalam Bahagian III dan
IV yang telah membuat perkhidmatan berbakti.

Pingat Taat (192), P.T.

Pingat ini diwujudkan dalam tahun 1925 dan dianugerahkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan dalam Bahagian III dan IV yang telah menunjukkan tat setia dalam perkhidmatannya. Pingat ini dikurniakan selepas seseorang pegawai atau kakitangan Kerajaan memenuhi tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 15 tahun.

Pingat Perangai Baik (1939), P.B.B.

Pingat ini dizahirkan dalam tahun 1939 dan dianugerahkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan dalam Bahagian III dan IV yang telah menunjukkan perangai yang baik semasa perkhidmatannya. Pingat ini dikurniakan selepas sescorang pegawai atau kakitangan itu memenuhi tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun.

 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Sultan Kelantan,
Istana Balai Besar,
15500 Kota Bharu KELANTAN

Telefon  : 09-741 6600

Fax        : 09-744 4333

Email    : pejsultan@kelantan.gov.my

 

 

KAUNTER PELAWAT

Hari ini183
Semalam270
Minggu ini1751
Bulan ini6512
Jumlah235733
3
Online

2024-04-28
Hak Cipta © 2024.Pejabat Sultan Kelantan. TARIKH KEMASKINI : 6 MAC 2024

Search