msen
A- A A+
Image

Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I), S.J.M.K.

  • AHLI YANG PERTAMA.
       -  Keahliannya 50 orang.
       -  Tiada sekatan bagi ahli-ahli yang kehormat.
  • Darjah Kebesaran ini dizahirkan dalam tahun 1925 dan keanggotaannya dianugerahkan kepada mereka yang telah membuat perkhidmatan berbakti dan cemerlang kepada Singgahsana, dan juga kepada mereka yang menyumbang perkhidmatan yang gemilang dalam lapangan perniagaan, perusahaan dan kesenian.
  • Kelayakan dan hak-hak bagi keanggotaan ke peringkat ini adalah bagaimana cara-cara dan syarat-syarat serta hak-hak yang disebutkan D.J.M.K.

Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili II), D.J.M.K.

  • AHLI YANG KEDUA.
       -  Keahliannya 75 orang.
  • Keanggotaan peringkat ini, lazimnya, disifat sebagai kenaikan pangkat daripada Peringkat Ketiga dan lazimnya juga ditimbang selepas seseorang yang menyandang Peringkat Ketiga itu menjadi anggota peringkat tersebut selama tidak kurang 5 tahun. Ahli laki-laki yang dianugerahkan keanggotaan ini berhak menggunakan gelaran 'DATO' di hadapan namanya, sementara isteri-isteri mereka berhak mendapat gelaran 'DATIN'. Manakala ahli perempuan yang di anugerahkan dengan keanggotaan tersebut berhak menggunakan 'DATO' tetapi suaminya tidak berhak menggunakan gelaran 'DATO' dihadapan namanya. 

Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili III), J.M.K.

  • AHLI YANG KETIGA.
       - Keahliannya tiada sekatan.
  • Mereka yang dimasukkan menjadi anggota peringkat ini adalah mereka, laki-laki atau perempuan, yang telah membuat jasa mengikut garisan yang dihuraikan dalam perenggan (a) dan jika mereka itu terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan, maka taraf jawatannya hendaklah lazimnya dalam Bahagian I dan jika daripada orang awam hendaklah taraf dan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat Kerajaan yang disebut di atas.

 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Sultan Kelantan,
Istana Balai Besar,
15500 Kota Bharu KELANTAN

Telefon  : 09-741 6600

Fax        : 09-744 4333

Email    : pejsultan@kelantan.gov.my

 

 

KAUNTER PELAWAT

Hari ini14
Semalam270
Minggu ini1582
Bulan ini6343
Jumlah235564
2
Online

2024-04-28
Hak Cipta © 2024.Pejabat Sultan Kelantan. TARIKH KEMASKINI : 6 MAC 2023

Search