msen
A- A A+

Istana Telipot

Image

Istana Telipot terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu. Bangunan asal dibina dalam tahun 1930an sebagai rumah kerajaan dalam kawasan pejabat tanaman (pertanian) masa itu. Peringkat awal di diami pegawai pertanian negeri dan kemudian dijadikan sebagai rumah kediaman Presiden Session Court Kota Bharu.

Selepas itu menjadi rumah tetamu Kerajaan Negeri Kelantan. Setelah itu diubahsuai menjadi istana tetamu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.  

Pada awal tahun 2004 , sekali lagi diubahsuai terutama bahagian dalaman dengan tidak ada pindaan kepada struktur asal. Beberapa bangunan baru didirikan di kawasan itu bagi kediaman pegawai-pegawai dan petugas-petugas. Pada 25 dan 26 April 2004, Istana Telipot telah menerima tetamu D'Raja iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Brunei yang bersemayam bagi menghadiri Majlis Santapan D'Raja sempena Perayaan Jubli Perak pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra di Dewan Bankuet Istana Negeri, Kubang Kerian.

Pada tahun 2009, Istana Telipot menjadi istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Sultan Kelantan,
Istana Balai Besar,
15500 Kota Bharu KELANTAN

Telefon  : 09-741 6600

Fax        : 09-744 4333

Email    : pejsultan@kelantan.gov.my

 

 

KAUNTER PELAWAT

Hari ini155
Semalam199
Minggu ini1039
Bulan ini6559
Jumlah228697
3
Online

2024-03-29
Hak Cipta © 2024.Pejabat Sultan Kelantan. TARIKH KEMASKINI : 6 MAC 2023

Search