msen
A- A A+
Image

Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I), S.P.M.K.

  • AHLI YANG PERTAMA.
       -  Keahliannya 40 orang.
       -  Tiada sakatan bagi ahli-ahli yang kehormat.
  •  Darjah Kebesaran ini dizahirkan dalam tahun 1916 dan keanggotaannya dianugerahkan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan dan berbakti dengan cemerlang kepada Negeri Kelantan. 
  • Kelayakan dan hak-hak bagi keanggotaan peringkat ini adalah bagaimana cara-cara dan syarat-syarat serta hak-hak yang disebutkan bagi kelayakan anugerah bagi Dato' Paduka Mahkota Kelantan D.P.M.K.

Dato' Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi II), D.P.M.K.

  • AHLI YANG KEDUA.
       - Keahliannya 60 orang.
       - Tiada sakatan bagi ahli-ahli yang kehormat.
  • Keanggotaan peringkat ini, lazimnya, disifat sebagai kenaikan pangkat daripada Peringkat Ketiga dan lazimnya ditimbang selepas seseorang yang menyandang Peringkat Ketiga itu menjadi anggota peringkat tersebut selama tidak kurang daripada 5 tahun. Ahli laki-laki yang dianugerahkan keanggotaan ini berhak menggunakan gelaran 'DATO' di hadapan namanya sementara isteri-isteri mereka yang dianugerahkan keanggotaan peringkat ini berhak mendapat gelaran 'DATIN'. Manakala ahli perempuan yang dianugerahkan dengan keanggotaan tersebut berhak menggunakan gelaran 'DATO' tetapi suaminya tidak berhak menggunakan gelaran 'DATO' dihadapan namanya. 

Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi III), P.M.K.

  • AHLI YANG KETIGA.
      -  Keahliannya tiada sekatan.
  • Mereka yang dimasukkan menjadi anggota Peringkat ini adalah mereka, laki-laki atau perempuan, yang telah membuat jasa mengikut garis yang dihuraikan di muka 23 dan jika mereka itu terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan maka taraf jawatannya hendaklah, lazimnya, dalam Bahagian I dan jika daripada orang awam hendaklah taraf dan pengaruhnya ialah kalangan masyarakat berseimbang dengan taraf pegawai kerajaan yang disebut di atas. 

 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Sultan Kelantan,
Istana Balai Besar,
15500 Kota Bharu KELANTAN

Telefon  : 09-741 6600

Fax        : 09-744 4333

Email    : pejsultan@kelantan.gov.my

 

 

KAUNTER PELAWAT

Hari ini144
Semalam270
Minggu ini1712
Bulan ini6473
Jumlah235694
2
Online

2024-04-28
Hak Cipta © 2024.Pejabat Sultan Kelantan. TARIKH KEMASKINI : 6 MAC 2024

Search