28 Muharam 1445H/15 Ogos 2023M - KDYMM Sultan Muhammad V telah berangkat ke Majlis Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian.Istiadat perlantikan semua barisan ahli Exco itu berlansung di Balai Kota Kubang Labu, Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian Kira-kira pukul 4.00 petang.